Saturday, March 2, 2013

Pergi Takkan Kembali

Pada 8 Februari 2013, PPKI SKAM telah mengadakan majlis tahlil yang dikhususkan untuk bekas murid yang telah kembali ke rahmatullah pada tahun lepas iaitu Allahyarham Sahari.  Disamping itu tahlil arwah untuk penjaga murid iaitu arwah Nordin  dan Arwah Yahakob.


 Majlis tahlil ini dirancang secara spontan dalam masa 2 hari. Terlalu banyak jasa yang ditabur oleh arwah Sahari terutama dalam membantu guru. Tingkahlaku yang menyenangkan hati guru serta bersifat baik hati membuatkan guru guru dan rakan sekelas sentiasa ingat walaupun arwah telah melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah.  Mudah - mudahan arwah  Sahari, pakcik Nordin, Pak Akob ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan bertakwa.
*****Terima kasih kepada Cikgu Nik sebagai sponsor utama untuk majlis tahlil ini.

No comments:

Post a Comment